Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010

Hari ini merupakan hari yang sungguh menggembirakan bagi adik-adik yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR dan mungkin hari yang menyedihkan bagi yang tidak bernasib baik. Walau apa pun keputusan yang kita terima, percayalah itu semua Qoda dan Qadha yang sudah ditentukan oleh-Nya. Bagi yang kurang bernasib baik, ini tidak bermakna kita tidak pandai, dan bagi yang cemerlang mungkin sekarang sedang bermain dikotak fikiran MRSM mana aku nak pergi.....

Pun begitu juga dengan aku..aku bukan digolongkan dalam golongan budak pandai sewaktu masa sekolah..aku ambil UPSR tahun 1993..pada masa tu, dalam satu sekolah hanya beberapa orang sahaja yang dapat meraih 4A..hehehehe. berbeza degan zaman sekarang. Aku.... satu A pun tarak...sewaktu aku terima keputusan..memang aku akui...perasaan  sedih..sayu..hiba..semua ada. Namun aku tanam di dalam hati ku dan aku berazam yang aku juga boleh berjaya suatu hari nanti...dan Alhamdulillah aku juga mampu mendapat segulung ijazah...walaupun perjalanan yang ku lalui terlalu panjang..apa yang penting kita kena berazam untuk mengubah diri kita...hidup kita...usah bersedih dengan apa yang kita perolehi...percayalah kepada diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment