Friday, November 12, 2010

Di Pondok Kecil

Diruang sempit, di pondok usang aku dan adik-beradikku dibesarkan.....tiada kemewahan...tiada kesenangan..tiada kebanggaan. Ibuku ayahku berhempas pulas bekerja tanpa menghiraukan keringat membasihi tubuh..tiada merungut dipanah dek mentari...semata-mata mahukan anak-anaknya membesarkan dan mahukan kami berjaya..aku terharu.
Suatu ketika aku melihat ibuku jalan terhenjot-henjot sambil pisau penoreh ditangan..ku tanya kenapa..ibuku menjawab, tadi mak terjatuh semasa menoreh. Tanpa menghiraukan sakit, penat...mak terus ke dapur untuk masak apa yang ada..selapas makan dan sembahyang..aku lihat ibuku terus bergegas menyalin pakaian untuk ke bendang pula. begitulah hari demi hari...kini sudah 23 tahun berlalu...aku tinggalkan memori pahit dan manis bersama didalam sanubari...kini ibu telah lama meninggalkan kami sekelaurga...ayah pula semakin uzur...
Mak...ayah...orang selalu rindukan saat-saat kita bersama....

0 comments:

Post a Comment